Sukan Mahkamah Syariah (SMS) kali pertama di anjurkan oleh PPSM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan semua Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri/ Mahkamah Syariah Negeri-Negeri seluruh Malaysia pada 17 – 20 Disember 2010.

Bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu. Majlis Perasmian SMS 3 disempurnakan oleh Wakil kepada YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan. pada 17/12/2010 bertempat di DEWAN AL-MUKHTAFI BILLAH SHAH.

Pelbagai acara dipertandingkan dengan penyertaan seluruh ahli PPSM  dan warga kerja JKSM, JKSN dan MSN sekuuh Malaysia. Video di bawah menjelaskan dengan lebih jelas lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=DUr4dOR_qgM

Naib Presiden 2, PPSM, Tuan Mawardi Che Man (Sekarang YA Hakim MTS, Selangor)  berkata, hasrat penganjuran SMS1 adalah untuk meningkatkan  semangat kerjasama dan kerja berpasukan serta memperkasa jalinan kerjasama antara JKSM, JKSN dan MSN.

“Jalinan kerjasama yang sediada erat antara JKSM dan JKSN / MSN  boleh diperkasakan melalui penganjuran SMS1 ini.

Antara acara yang bakal dipertandingkan adalah kejohanan futsal, bola tampar, bola jarring, ping pong, badminton dan lain-lain lagi.

“Pelaksanaan SMS1  ini dirancang dengan penglibatan  semua  warga kerja JKSN dan MSN serta  warga kerja skim Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan / Negeri gred LS yang berada di agensi-agensi luar seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Pendakwaan dan lain-lain, katanya.”

[slideshare id=6494168&doc=sms10-110109075654-phpapp01]
Sideshow ini merupakan bedrop yang digunakan semasa Majlis Perasmian Sukan Mahkamah Syariah Kali Pertama (SMS1).

[slideshare id=6494194&doc=penutupsms1-110109080342-phpapp01]
Slideshow ini merupakan bedrop Majlis Perasmian Penutupan Sukan Mahkamah Syariah 1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *