Majlis Penyampaian Sijil Amalan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan Dan Majlis Perasmian Program (SiKeT), (KFA) Sulh, Dan Kaunter(D.I.Y) di MS Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR, 25 MEI 2016 (RABU) – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Amalan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan Dan Majlis Perasmian Program Sifar Kes Tertunggak (SiKeT), Key Focus Activity (KFA) Sulh, Dan Kaunter Do It Yourself (D.I.Y) Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan (MSWP). Majlis yang sangat signifikan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Dif-dif kehormat antaranya YAA Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YA Hakim Rayuan Syarie JKSM, YBhg. Datuk Hj Zainal Abidin Bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Barisan Peguam Syarie yang bijaksana serta seluruh warga Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Perincian kepada program yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

Program SiKeT yang diperkenalkan adalah bertujuan mempercepatkan penyelesaian kes dan mengurangkan kes tertunggak serta kelewatan penyelesaian kes. SiKeT yang dimulakan pada 1 Mac 2016 ini telah berjaya menyelesaikan kes tertunggak sebanyak 1446 kes (42%) kes dari keseluruhan jumlah 3,468 kes yang tertunggak. Manakala program KFA Sulh pula diperkenalkan bagi tujuan mempercepatkan prosedur kerja Sulh bermula dari pendaftaran sehingga perintah bersih dikeluarkan. Kesan dari program ini, tempoh pengeluaran Perintah Perjanjian Penyelesaian telah berjaya dikurangkan dari 14 hari ke 1 jam. Sehingga kini, 147 Perintah Bersih telah Berjaya dikeluarkan sejak dari 1 Mac 2016.

Di samping itu, bagi menjaga kebajikan pelanggan MSWP yang pelbagai seperti golongan yang kurang berkemampuan, MSWP mengorak selangkah kehadapan dengan memperkenalkan Kaunter D.I.Y dalam usaha membantu dan memudahkan urusan pelanggan dalam penyediaan pliding kes mereka, di mana pihak MSWP telah menyediakan format pliding yang seleras dalam satu sistem. Produk terbaru ini memberikan kemudahan, pilihan serta pengurangan kos kepada pelanggan MSWP.

Pada majlis tersebut juga, seramai 103 orang telah berjaya diterima masuk sebagai Peguam Syarie Wilayah Persekutuan daripada 230 permohonan yang diterima.

image

image

image

image

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*