PUTRAJAYA – Persatuan Pegawai Syariah Malaysia PPSM 2016-2018 yang diketuai oleh Presiden iaitu YA Tn Ibrahim Deris HMTS WPKL dan turut diiringi oleh Tim Presiden dan Exco-Exco PPSM yang baru telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat YAA KHS/KP JKSM pada 23 Februari 2016.

Tujuan utama pertemuan ini diadakan adalah sebagai sesi beramah mesra dan suai kenal barisan kepimpinan baru PPSM 2016-2018 dengan YAA KHS/KP JKSM selaku penaung kepada PPSM. Selain itu, ia juga sebagai simbolik bahawa kepimpinan baru akan memulakan gerak kerja dalam menerajui PPSM sepanjang dua tahun yang mendatang.

INTIPATI PERBINCANGAN SEMASA KUNJUNGAN HORMAT TERSEBUT ANTARANYA

1. YAA TSIL mengucapkan tahniah kepada YA Pres atas perlantikan sbg Presiden PPSM yang baru serta seluruh barisan EXCO.

2. YAA TSIL berharap PPSM menjadi perantara dalam usaha mengharmonikan hubungan antara Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) & Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

3. YAA TSIL juga menyentuh Isu naik taraf Mahkamah Syariah sama ada kepada 4 tingkat atau 5 tingkat. Sebetulnya, YAA TSIL tiada masalah sama ada 4 atau 5. Namun, di pihak JKSM cadangannya adalah 4 tingkat, bukannya 5 tingkat.

4. PPSM perlu memainkan peranan penting dalam menyokong segala apa isu berkaitan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah spt isu naiktaraf Mahkamah Syariah, perjawatan, Hakim wanita dan lain2.

5. PPSM perlu berjuang untuk kepentingan ahli-ahli di bawahnya.

6. PPSM boleh perjuangkan apa sahaja isu melalui saluran dan lunas undang2 yang betul.

7. PPSM perlu membina hubungan dan jaringan kerjasama yang baik dengan pihak2 berkaitan seperti mengadakan kunjungan hormat kpd KPPA, TKSUK, MUFTI dan lain2.

Semoga dengan kunjungan hormat dan kata-kata semangat YAA Tan Sri, memberi inspirasi dan semangat kepada barisan kepimpinan PPSM yang baru dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pegawai syariah di seluruh Malaysia disamping memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

sekian untuk makluman.

SUA
24 Feb 2016, 1.15 pm

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *