Sila isi borang

Keahlian Persatuan terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-

1. Ahli Biasa

Mana-mana pegawai yang dilantik menjawat jawatan Pegawai Syar’iah oleh mana-mana kuasa perlantikan di Malaysia adalah layak menjadi ahli biasa dalam Pertubuhan.

2. Ahli Seumur Hidup

Mana-mana Pegawai Syar’iah atu ahli biasa Persatuan adalah layak untuk menjadi ahli seumur hidup dalam Pertubuhan setelah membuat permohonan sedemikian dan setelah membayar semua bayaran yang disyaratkan adalah layak menjadi ahli seumur hidup dalam Pertubuhan.

Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah menyatakan jenis keahlian yang dipohon, dan permohonan itu hendaklah dicadang serta disokong oleh dua orang ahli dan kemudiannya mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *