Dasar ini menerangkan maklumat yang dikendalikan oleh laman web Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM).
Maklumat yang kami kumpul
Laman ini tidak menyediakan pendaftaran akaun, log masuk ahli, borang dalam talian atau kutipan bayaran. Kami tidak mengumpul data peribadi pengunjung melalui laman ini.
Seperti kebanyakan laman web, pelayan hosting merekodkan log teknikal (contohnya alamat IP, jenis pelayar dan halaman yang dilawati) untuk tujuan keselamatan dan penyelenggaraan.
Kuki dan kandungan pihak ketiga
Laman ini tidak menggunakan kuki pengiklanan. Kuki WordPress hanya digunakan oleh pentadbir yang log masuk.
Ruangan “Terkini dari Facebook PPSM” dimuatkan daripada Meta hanya selepas anda menekan butang untuk memaparkannya. Pada ketika itu, Meta mungkin menetapkan kuki mengikut dasar privasinya sendiri.
Video YouTube dalam artikel menggunakan mod privasi dipertingkat (youtube-nocookie.com). Pautan ke laman luar seperti Facebook, Google Docs dan Internet Archive tertakluk kepada dasar privasi laman tersebut.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan dasar ini boleh dikemukakan melalui saluran yang dinyatakan di halaman Hubungi.
