Persidangan Tahunan Pegawai Syariah kali ke-12 telah diadakan pada 2 – 4 Julai yang lalu bertempat di Gambang Resort City, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Persidangan selama 3 hari ini bertemakan
“Ke Arah Pengukuhan Perundangan Syariah”
Sepanjang persidangan ini berlangsung, ia telah banyak memberi peluang kepada para Pegawai Syariah Seluruh Malaysia berbincang serta bertukar pandangan mengenai prospek dan hala tuju profesyen Pegawai Syariah.
Aktiviti persidangan pada hari pertama (2 Julai 2010)
dimulakan dengan pendaftaran peserta iaitu seramai 450 orang Pegawai Syariah Seluruh Malaysia.
Pada sebelah malam, selepas Taklimat Persidangan disampaikan, Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Seluruh Malaysia telah diadakan untuk melantik Barisan Exco PPSM bagi Sesi 2010-2012.
Selaras dengan tema “Ke Arah Pengukuhan Perundangan Syariah”, persidangan ini merupakan platform kepada para Pegawai Syariah untuk berkongsi maklumat dan pandangan dalam pelbagai isu yang berkait rapat dengan institusi kehakiman syariah di negara ini.
Aktiviti persidangan (Hari Kedua)
Hari kedua persidangan (3 Julai 2010) dimulakan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Y.Bhg. S.S Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Mufti Kerajaan Negeri Pahang dan seterusnya pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan.
Pembentangan Kertas Kerja 1
Tajuk : Memacu Transformasi Peundangan Islam di Malaysia
Pembentang :Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha binti Kamaruddin,
Timbalan Pengarah IKIM
Pembentangan Kertas Kerja 2
Tajuk : Perundangan Kewangan Islam di Mahkamah Syariah
Pembentang :Y.Bhg. Assoc. Prof. Dr. Mohamad Akram bin Laldin,
Pengarah Eksekutif,
International Shari’ah Research Academy For Islamic Finance(ISRA)
Pada sebelah malam, telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali ke 12 telah disempurnakan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin. Teks ucapan Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah dibacakan oleh beliau sebagai merasmikan Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia kali ke-12.
Perlantikan Hakim Syarie wanita pertama negara juga turut diumumkan pada majlis perasmian tersebut.
Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali ke 12 telah disempurnakan dan diserikan lagi dengan kehadiran oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin. Pengumuman Pelantikan Hakim Wanita Syarie juga turut diumumkan.
Aktiviti persidangan (Hari Ketiga)
Pembentangan Kertas Kerja 3
Tajuk : Natrah : Menyingkap Sejarah dan Perundangan
Pembentang : Datin Seri Hajah Fatini binti Yaacob
Karyawan Tamu, UTM
Hari terakhir persidangan (6 Ogos 2009) dimulakan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Y.A Dato’ Haji Abd Rahman bin Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan seterusnya pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan